
Jika sistem hamba abdi masih boleh digunapakai pada hari ini, sudah tentu ini adalah kaedah paling murah untuk mendapatkan pekerja. Beli saja hamba abdi ini dari agen, bagi makan dan suruh dia bekerja. Walaupun begitu, kita masih perlu mengajar mereka kemahiran-kemahiran tertentu supaya mereka bekerja dengan lebih efektif. Berbalik kita ke zaman sekarang, bagaimana mendapatkan pekerja yang murah ?
1. Mendapatkan Pekerja Separuh Masa.
Di Kuala Lumpur, untuk mendapatkan seorang akauntan bertauliah, kita perlu membayar gaji sekurang-kurangnya RM 1800-2000. Itu pun untuk graduan yang tidak mempunyai pengalaman.
Mengambil contoh saya sendiri, pada mulanya saya merancang untuk mengambil seorang akauntan sepenuh masa.
Setelah berbincang dengan seorang rakan,
dia mencadangkan saya hanya mengambil pekerja separuh masa.
"Akauntan part-time ?" tanya saya kehairanan.
Saya cuba menghubungi seorang rakan saya yang bekerja sebagai akauntan di Bank Negara Malaysia.
Saya memberi tawaran untuk bekerja sehari setiap minggu dengan saya.
Setiap hari saya akan berikan dia RM 100. Sebulan RM 400.
Rakan itu menawarkan diri dengan gaji RM 500 kerana beliau mempunyai Ijazah Akaun dari UiTM,
ACCA dan beberapa sijil profesional lain.
Jika dikira, saya telah terselamat dari membayar RM 1800-2000. Untung RM 1300-1500.
Kemenangan kedua pula, saya mendapat pekerja yang mahir yang bernilai RM 4000 sebulan.
Rakan itu pula mendapat gaji lebih RM 500 sebulan. Situasi menang-menang.
Alhamdulillah.
2. Dapatkan Pekerja Mengikut Tempat
Percayakah anda, kita masih boleh mengaji seorang kerani am dengan RM 600 sebulan di Kuala Lumpur ?
Jika pejabat anda di Ampang. Ambil pekerja yang tinggal berdekatan. Jangan ambil pekerja dari
Gombak atau Sentul yang perlu menaikit LRT dan kemudiannya
Bas untuk datang dan balik dari tempat kerja.
Ramai pekerja yang mendapat gaji RM 900 sebulan tetapi menghabiskan RM 200 hanya untuk pengangkutan harian.
Menghabiskan masa 3 jam sehari hanya dalam perjalanan.
Bagi pekerja yang hanya berjalan kaki ke pejabat, banyak keistimewaan yang dapat dinikmati.
- Tidak ada perbelanjaan pengangkutan.
- Tidak membuang masa dalam perjalanan.
- Tidak membazir wang makan di luar. Makanan berkhasiat dan bersih di rumah.
- Masa perjalanan yang dikurangkan dapat diluangkan bersama suami dan keluarga. cth- menghantar anak ke sekolah, menyediakan keperluan suami, mengemas rumah.
Semua perkara di atas tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Bagaimana mendapatkan pekerja yang berdekatan dengan pejabat ?
Mudah saja,
- jangan buat iklan mencari pekerja dalam surat khabar.
- jangan buat iklan mencari pekerja di Internet.
Buat poster tawaran kerja kosong dan tampalkan di kawasan sekitar pejabat anda. Hanya orang yang lalu-lalang di situ akan menghubungi anda untuk memohon kerja yang ditawarkan.
Buat sesi temuduga. Terangkan kebaikan dan kelebihan yang pekerja itu akan dapat jika bekerja berdekatan dengan rumah
(ramai yang tahu, tetapi tidak menyedari). Beri tawaran gaji yang rendah.
Terdapat beberapa kaedah-kaedah lain yang boleh juga kita fikirkan
Mengambil pelajar praktikal - negatif : pekerja tidak kekal lama walaupun murah.
Mengambil saudara-mara - negatif : perlu menitikberatkan beberapa aspek seperti hubungan kekeluargaan.
Merekrut pekerja (mengambil mereka yang mempunyai kelulusan rendah dan melatih sehingga mereka mahir tetapi gaji rendah) - negatif : memakan masa yang panjang. Pekerja yang direkrut dalam tempoh masa yang panjang ini boleh berpaling tadah dan bekerja dengan pesaing.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
18 April 2009
Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment